Tips dan Tutorial

5 Dokumen Yang Anda Wajib Minta Dari Pelanggan Sebelum Sewakan Kenderaan Anda

1. Salinan Kad Pengenalan Atau Passport

Sebelum anda sewakan kenderaan anda kepada mana-mana pelanggan, anda wajib untuk meminta salinan kad pengenalan atau salinan passport jika penyewa bukan rakyat tempatan. Pastikan gambar salinan kad pengenalan dan passport yang diserahkan kepada anda dapat dilihat dengan jelas dan sah.

Pastikan anda telah menyemak latar belakang penyewa berdasarkan maklumat yang anda dapat dari salinan kad pengenalan pelanggan anda. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk menyemak latar belakang pelanggan seperti membuat semakan di Google, media sosial atau menggunakan fungsi carian blacklist di platform sewakereta.my. Kami menyediakan fungsi database yang mampu mengumpul dan menyimpan data-data pelanggan yang bermasalah.

2. Kad Perniagaan Atau Sijil SSM 

Sekiranya pelanggan yang menyewa kenderaan anda menyewa di atas nama syarikat, pastikan anda mendapatkan salinan sijil SSM sebagai dokumen sokongan sebelum anda sewakan kenderaan anda.

3. Surat Perjanjian Sewa Kenderaan 

Dapatkan tandatangan surat perjanjian sewa kenderaan dari pelanggan anda sebagai bukti mereka telah bersetuju menyewa kenderaan dari anda dan bersetuju dengan syarat-syarat yang telah anda tetapkan.

4. Salinan Lesen Memandu 

Minta pelanggan anda menyerahkan salinan lesen memandu untuk anda mengelak dari menyewakan kenderaan anda kepada individu yang tidak berlesen. 

5. Bil Utiliti Terkini (Air, Elektrik, Atau Internet)

Sebagai langkah keselamatan, dapatkan bil utiliti terkini dari penyewa untuk mengesahkan alamat tetap penyewa sebelum anda menyerahkan kunci kenderaan. Sekiranya berlaku apa-apa insiden, bil utiliti terkini yang diserahkan oleh penyewa memudahkan anda mencari dan mengesan penyewa tersebut.

Anda suka dengan tips-tips yang telah kami kongsikan? Klik like dan follow media sosial kami untuk mendapat lebih banyak tips.



sewakereta process
22 November 2024

Author : Farouq Zakwan