Tips dan Tutorial

3 Tips Untuk Anda Mulakan Bisnes Kereta Sewa

Buat kajian pasaran dan kenal pasti pelanggan sasaran anda

Sebelum anda memulakan bisnes kereta sewa, anda perlu pastikan siapakah pelanggan sasaran anda berdasarkan lokasi bisnes dan demografi penduduk sekitar kawasan tersebut. Bergantung kepada lokasi anda, sebagai contoh jika anda ingin memulakan bisnes kereta sewa di kawasan yang berhampiran dengan universiti atau pusat-pusat pendidikan; anda mungkin akan menarik lebih minat pelajar dan tenaga pengajar untuk menyewa dengan anda berbanding kelompok-kelompok lain yang terdapat di kawasan tersebut. Begitu juga, sekiranya anda memulakan bisnes anda di sekitar kawasan pelancongan, anda mungkin sahaja akan menarik lebih banyak pelancong untuk menyewa dengan anda. 

Mengenali sasaran pelanggan anda amat penting dan amat-amat membantu dalam melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran kelak.

Sediakan dokumen dan insuran yang lengkap

Sebelum anda menyewakan kenderaan anda, pastikan anda telah menyediakan kesemua dokumen-dokumen lengkap seperti mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menyediakan dokumen perjanjian sewaan kenderaan. Penyediaan kertas-kertas dokumen dan insuran yang bersesuaian akan mengurangkan risiko kerugian sekiranya berlaku apa-apa insiden atau perkara yang tidak diingini.

Menggunakan platform digital bagi tujuan promosi dan pengurusan 

Anda seharusnya memanfaatkan sepenuhnya platform-platform digital seperti media sosial sebagai contoh Facebook, Instagram dan Tiktok untuk mempromosikan perniagaan anda dengan meluas.

Anda juga boleh menggunakan platform digital seperti sewakereta.my untuk menguruskan tempahan dan membuat semakan pelanggan sebelum menyerahkan kenderaan anda untuk disewa.



sewakereta process
18 November 2024

Author : Farouq Zakwan