Tips dan Tutorial

3 Tips Elak Kereta Sewa Anda Di Curi

Berikut adalah 3 tips yang anda boleh aplikasikan untuk mengurangkan risiko kereta sewa anda dicuri oleh pelanggan.

1. Memasang GPS Tracker Yang Berkualiti Tinggi 

Memasang GPS Tracker pada kenderaan sewa adalah perkara wajib sebelum kereta disewakan kepada pelanggan. GPS Tracker membolehkan anda memantau kenderaan anda secara masa-nyata. Anda boleh bertindak dengan segera sekiranya terdapat perkara-perkara yang mencurigakan terjadi. GPS Tracker yang dipasang pada kenderaan, seelok-eloknya adalah jenis yang sukar untuk dimatikan dan dikesan oleh pelanggan. Memasang GPS Tracker yang berkualiti tinggi adalah suatu pelaburan yang amat berbaloi untuk keselamatan kenderaan anda.

2. Menyewakan Kenderaan Kepada Pelanggan Yang Mempunyai Pekerjaan Tetap

Strategi menyewakan kenderaan kepada pelanggan yang bekerja tetap adalah satu strategi yang bijak. Pelanggan yang mempunyai pekerjaan tetap kebiasaannya mempunyai lebih tanggungjawab terhadap pekerjaan dan profession mereka. Hal ini menyebabkan, penglibatan terhadap aktiviti-aktivti jenayah seperti dadah, sindiket-sindiket kereta curi dan penyeludupan kurang dari kalangan mereka yang bekerja tetap. Selain itu, pelanggan yang bekerja tetap adalah lebih mudah untuk dikesan sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diingini.

Anda boleh mendapatkan maklumat pekerjaan pelanggan anda dengan meminta beberapa dokumen sokongan seperti slip gaji, surat lantikan jawatan atau apa-apa dokumen yang membuktikan pelanggan anda bekerja di sesuatu premis atau jawatan.

3. Membuat semakan latar belakang pelanggan 

Selain itu anda juga boleh membuat semakan latar belakang pelanggan anda sebelum anda menyerahkan kenderaan kepada mereka. Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk membuat semakan seperti membuat carian di Google, komuniti-komuniti kereta sewa, dan media sosial. Platform sewakereta.my juga menyediakan fungsi carian no ic dan kami juga mengumpul maklumat-maklumat sewaan dari pengusaha-pengusaha kereta sewa lain. Anda boleh menggunakan platform sewakereta.my sebagai salah satu cara untuk membuat semakan latar belakang pelanggan.



sewakereta process
20 November 2024

Author : Farouq Zakwan